Ustaz Bollywood mahu bersihkan nama

Ustaz Bollywood mahu bersihkan nama

Pendakwah popular Ustaz Haslin Baharim menyurakan hasratnya untuk bertemu dengan Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor dan berbincang mengenai larangan ceramah untuk memberikan pandangan dari pihaknya.

Ini lantaran larangan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Johor untuk beliau memberikan ceramah di negeri tersebut.

Menurut Haslin, yang lebih popular dengan gelaran Ustaz Bollywood menafikan bahawa ceramah yang disampaikannya menimbulkan kekacauan, sebab yang diberikan keatas larangan Haslin berceramah di Johor.

“Saya akan cuba berjumpa dengan Abd Mutalip Abd Rahim,” Haslin dipetik sebagai berkata dalam The Star Online.

Tambahnya lagi, beliau tidak kisah jika larangan itu kekal dikuatkuasakan walaupun setelah pertemuannya dengan Abd Mutalip.

“Saya perlu terangkan dan bersihkan nama saya,” katanya.

Semalam, kerajaan negeri Johor mengumumkan Haslim dan Mufti Zimbabwe Ismail Menk dilarang dari memberikan ceramah di Johor.

Larangan tersebut merupakan titah pemerintah Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

(Visited 81 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com