@TSMusaHassan Kecewa Laporan Berita Portal Kaitkan Dengan 9 Dragon

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan Kecewa Laporan Berita Portal Kaitkan Saya Dengan 9 Dragon

Saya amat kecewa dengan tindakan beberapa buah portal berita yang mengaitkan nama saya dengan nama “9 Dragon” baru-baru ini kerana saya tidak pernah menyebut atau mengesahkan kewujudan gerakan itu di mana-mana atau pada bila-bila masa pun sebelum ini.

Oleh itu, saya akan mengambil tindakan memfailkan saman fitnah ke atas portal-portal terlibat kerana menyebabkan nama saya dan reputasi saya terjejas melalui laporan-laporan berkenaan.

Saya hanya menceritakan bagaimana saya mengatasi masalah jenayah kongsi gelap ketika menyandang jawatan Ketua Polis Johor dengan menghasilkan satu senarai nama yang lengkap dengan nama ketua-ketua kongsi gelap berkenaan.

Saya tidak pernah sekali pun menyebut nama 9 Dragon dalam mana-mana wawancara saya sebelum ini.

Saya ingatkan dengan tegas supaya berhenti daripada mementingkan populariti berita daripada melaporkan fakta kerana ia akan menyebabkan situasi dalam negara menjadi tidak stabil serta ia mungkin mengganggu siasatan pihak polis ke atas kes jenayah tertentu.

Saya tidak menyangka niat saya hendak berkongsi tentang langkah yang saya lakukan untuk banteras kongsi gelap telah disalah tafsir sehingga menyangkakan saya mengesahkan wujudnya 9 Dragon ini.

Saya menafikan dengan tegas bahawa saya pernah menyebut atau mengesahkan bahawa 9 Dragon wujud atau ada di dalam negara ini.

Saya berharap semua portal berita berhenti dari menyebarkan berita berkenaan atau akan berdepan tindakan saman kerana menulis artikel berbaur fitnah.

Pihak polis sentiasa menjalankan siasatan dan tegas dalam membanteras jenayah demi menjaga keselamatan serta kestabilan awam tanpa mengira peringkat umur atau kedudukan dalam politik. Tidak ada sesiapapun yang kebal atau terkecuali daripada penguatkuasaan undang-undang dalam perkara membasmi jenayah.

Tan Sri Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara
2 November 2017

(Visited 42 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.