Johor turut haramkan ceramah Mufti Menk, Ustaz Bollywood

Johor turut haramkan ceramah Mufti Menk, Ustaz Bollywood

Negeri Johor hari ini mengeluarkan larangan untuk Mufti Zimbabwe, Ismail Menk atau Mufti Menk dan Ustaz Haslin Baharim, lebih dikenali sebagai Ustaz Bollywood daripada menyampaikan ceramah di negeri ini.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Agama Johor, Abd Mutalip Abd Rahim, kedua-dua pendakwah ini mempunyai pandangan yang menjejaskan perpaduan dan keharmonian kaum.

Abd Mutalip berkata arahan ini adalah titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang dikeluarkan hari ini.

“Kandungan ceramah yang pernah disampaikan oleh kedua-dua penceramah sebelum ini dilihat boleh membawa kegelisahan dalam keharmonian kaum.

“Jabatan Agama Johor akan terus memantau perkembangan ceramah agama di negeri ini, bagi memastikan tiada elemen atau pandangan yang menggalakkan perpecahan kaum disampaikan,” Abd Mutalip dipetik sebagai berkata dalam Berita Harian Online.

Kedua-dua pendakwah tersebut sebelum ini turut diharamkan dari memasuki negara Singapura, dengan alasan pandangan mereka boleh menjejaskan keharmonian sosial dan menyebarkan pandangan yang memecah belahkan rakyat.

(Visited 135 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66