Ibu Lacur Anak, 5 Warga Bangladesh Diberkas

JOHOR BAHRU, 1 Nov – Susulan daripada penahan seorang ibu berusia 36 tahun yang disyaki melacurkan dua anak perempuannya, polis berjaya menahan lima lelaki warga Bangladesh, semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, berkata, suspek yang ditahan pada awal pagi semalam semuanya berusia di antara 28 hingga 42 tahun.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua suspek merupakan pekerja kilang di sekitar kawasan Senai dan Kulai.

“Semua suspek kemudiannya dibawa ke mahkamah tengah hari semalam untuk mendapatkan perintah tahanan daripada Mahkamah Majistret di sini, katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Menurut Mohd Khalil, kelima-lima suspek berkenaan kini direman dan kes disiasat mengikut Seksyen 14 Antipemerdagangan Orang.

(Visited 60 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66