Berkhemah untuk dapatkan tiket final

Berkhemah untuk dapatkan tiket final

Peminat setia pasukan bola sepak gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT), membanjiri perkarangan Stadium Larkin untuk membeli tiket bagi menyaksikan perlawanan akhir bagi Piala Malaysia.

The Star Online melaporkan rata-rata peminat JDT telah menunggu di perkarangan stadium tersebut lebih 24 jam untuk berpeluang membeli tiket perlawanan akhir tersebut.

Ada diantara mereka turut mendirikan khemah bagi berteduh dari cuaca dan mendapatkan sedikit keselesaan sementara menunggu kaunter tiket dibuka.

JDT, yang merupakan juara Liga Super Malaysia empat kali berturut-turut, akan menentang juara bertahan Piala Malaysia, Kedah dalam perlawanan akhir 4 November nanti di Stadium Shah Alam.

Sebanyak 30,000 tiket bagi penonton dewasa dan 750 tiket bagi kanak-kanak diperuntukkan untuk setiap pasukan bagi perlawanan ini.

<script async src=”//pagead2.googlesyndication.com/pagead/js/adsbygoogle.js”></script>

<!– mobilebanner –>

<ins class=”adsbygoogle” style=”display: inline-block; width: 320px; height: 100px;” data-ad-client=”ca-pub-2124380554500161″ data-ad-slot=”3410373939″></ins>

<script>

(adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});

</script>

 

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com