Banyak manfaat untuk Johor dalam #Bajet2018

Banyak manfaat untuk Johor dalam Bajet 2018

Kerajaan negeri Johor menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai satu komitmen besar yang akan memberi impak yang besar kepada pertumbuhan negeri.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata inisiatif diumumkan kerajaan Persekutuan melalui Bajet 2018 sebagai pemangkin kepada kejayaan pelan pembangunan yang telah dirancang bagi negeri Johor.

“Antaranya, pemfokusan kepada sektor petroleum dan logistik yang bertujuan menarik lebih banyak pelaburan di hab minyak dan gas di Pengerang.

“Infrastruktur mega dan segala pelaburan berterusan ini bukan sahaja akan menarik perhatian dan membuka banyak peluang kepada seluruh warga Johor, khususnya anak muda tempatan.

“Pengerang juga berpotensi untuk menjadi pusat pemprosesan minyak yang terbesar di Asia Tenggara,” katanya semalam.

Dalam masa sama, beliau turut memuji inisiatif bagi terus mengukuhkan sistem logistik sedia ada di Johor.

“Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur – Singapura pula adalah sesuatu yang sangat dihargai oleh Johor.

“Infrastruktur pengangkutan ini bukan sahaja akan membawa kemudahan pengangkutan awam Malaysia dan Singapura ke tahap yang lebih baik, malah akan memacu sektor logistik negeri ini dengan kadar yang lebih deras dan rancak,” katanya lagi.

Tambah Mohamed Khaled, industri perusahaan kecil dan sederhana (SME) juga menerima insentif dalam Bajet 2018, sesuatu yabg amat dialu-alukan beliau memandangkan Johor mempunyai jumlah SME ketiga terbesar dalam negara.

“Manakala komitmen Kerajaan Persekutuan dalam merangkumkan usaha merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan bandar-luar bandar melalui skim bantuan dan insentif untuk pekebun kecil dan nelayan serta program penanaman semula getah dan kelapa sawit akan banyak memberi manfaat kepada masyarakat di Johor.

“Johor adalah negeri yang mempunyai bilangan tanah rancangan FELDA kedua terbesar selepas Pahang. Justeru, usaha sebegini dilihat mampu memberikan impak positif kepada kesejahteraan para peneroka di negeri ini.”

(Visited 26 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66