PAN senarai kriteria calon yang mereka mahukan di Johor

PAN senarai kriteria calon yang mereka mahukan di Johor

Parti Amanah Negara (PAN) di Johor masih berteka-teki calon yang akan mereka tampilkan untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) namun menggariskan beberapa kriteria utama yang harus dimiliki calon tersebut.

Menurut Timbalan Presiden PAN Salahuddin Ayub, calon-calon yang akan ditonjolkan PAN haruslah mempunyai kemahiran dan mampu untuk mendekati masyarakat.

“Kepimpinan AMANAH (PAN) Johor sentiasa memberi ruang dan peluang kepada semua kepimpinan AMANAH yang diberikan amanah serta menjalankan amanah tersebut dengan baik maka itulah ukuran merit yang dimaksudkan.

“Selain itu, kemahiran, kepimpinan, kebolehan dan kepercayaan untuk mendekati masyarakat adalah ukuran merit yang kita maksudkan.

“Kita harus menampilkan kebolehupayaan kita untuk lebih luar biasa dalam menggerakkan kerja bagi mempromosi gerakan AMANAH dan PH di Johor ini,” Salahuddin dipetik sebagai berkata dalam Malaysian Dateline, portal berita PAN.

Beliau yang juga Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan Johor turut beriltizam untuk mengukuhkan lagi kekuatan blok pembangkang tersebut di Johor.

“Pengukuhan PH Johor itu mestilah menjadi agenda utama. Saya sendiri berazam untuk memaksimakan peranan AMANAH supaya kehadiran kita benar-benar dapat memberikan nilai tambah kepada imej serta penampilan dan juga kekuatan PH itu sendiri.

“Segala kepimpinan dalam AMANAH Johor akan dipastikan cemerlang dan saya yakin kepimpinan AMANAH Johor dapat merealisasikan kecemerlangan tersebut kerana barisan kepimpinan AMANAH Johor terdiri daripada orang yang berpengalaman serta mereka yang berkebolehan.

“AMANAH Johor akan menampilkan tokoh-tokoh kepimpinan yang mampu untuk mengatasi kepimpinan Umno di Johor dan ini penting untuk rakyat menjadi yakin bagi memberi mandat kepada kita pada Pilihan Raya Umum yang akan datang,” kata Salahuddin lagi.

(Visited 45 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66