Suspek bunuh suami dihantar jalani pemeriksaan mental

Suspek bunuh suami dihantar jalani pemeriksaan mental

Seorang wanita 17 tahun yang berdepan tuduhan membunuh suaminya 14 Oktober lalu diarahkan menjalani pemeriksaan mental di Hospital Permai Johor Bahru.

Ia berlandaskan kepada Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah.

Pembantu gerai makan tersebut didakwa membunuh suaminya, Mohd Firdaus Md Sallehuddin, 28, kira-kira jam 1.30 tengah hari di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di Muar.

Susek turut didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan sabit kesalahan, boleh dihukum mati mandatori.

Wanita tersebut, yang tidak diwakili peguam, hanya mengangguk tanda faham sebaik pertuduhan dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Shukri Hussain.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Amalina Basirah Md Top.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 23 November ini.

Siasatan awal polis mendapati kejadian pembunuhan tersebut berpunca daripada masalah keluarga, kerana suami suspek tidak pulang ke rumah selama dua hari sebelum kejadian berlaku.

(Visited 36 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66