#AduanRakyat – Sampah di kaki notis pemberitahuan @mbjbcitycouncil @KhaledNordin

Aduan ini ditujukan kepada 2 pihak:

1. Pihak yang membuang sampah di Lorong Tepi, Jalan Perisai, Taman Sri Tebrau.

Apakah pihak yang membuang sampah ini sudah buta matanya tidak membaca notis pemberitahuan yang terpacak di situ?

Apakah mereka ini tidak menghiraukan amaran yang dipacak di situ, atau tidak menghiraukan (tak bagi muka) kepada pemberi amaran?

2. Pihak Majlis Bandaraya Johor Bahru.

Apakah tindakan MBJB selanjutnya? Adakah akan membersihkan kawasan tersebut secepat mungkin untuk menghindari perkara lain?

Apakah MBJB akan meletakkan anggotanya untuk menangkap pihak yang membuang sampah di situ?

Aduan ini perlu mendapat perhatian semua pihak. Jika dibiarkan berlarutan, sampah itu akan menggunung dan akan memberi masalah lain kepada rakyat setempat.

 

*Pengadu bengang*

(Visited 61 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com