@POLISJOHOR RAMPAS DADAH BERNILAI RM451,930 @PDRMsia

Johor Baharu, 22 Oktober 2017 – Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara berjaya menumpaskan satu aktiviti pengedaran dadah dengan menahan lima suspek dan merampas dadah bernilai RM451,930 di sebuah hotel bajet di Setia Tropika di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd. Taib Ahmad berkata, menerusi serbuan pukul 1.50 pagi itu, empat warga tempatan dan seorang warganegara Indonesia berusia antara 26 hingga 39 ditahan.

“Kita merampas 15,046 biji pil ekstasi seberat 4.5 kilogram dan dadah jenis syabu seberat 5.08 gram selain turut merampas wang tunai RM1,000.



“Kesemua yang ditangkap direman selama tujuh hari sehingga 26 Oktober ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Johor Bahru Selatan, di sini sebentar tadi.

(Visited 62 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.