Akibat tular berhibur, polis ditukar, lucut jawatan

Akibat tular berhibur, polis ditukar, lucut jawatan

Seramai tujuh orang pegawai dan anggota polis yang terbabit dengan vido klip sedang berhibur yang ditularkan di sebuah pusat hiburan di Muar telahpun ditukar ke lokasi dan formasi lain atas arahan Bukit Aman.

Menurut Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd, selain ditukarkan serta-merta, seorang koperal yang sama terlibat turut dilucutkan jawatan detektif.

“Siasatan tata tertib sudah dijalankan dan dirumuskan serta tindakan akan diambil dalam masa terdekat.

“Mereka sudah diarahkan tukar ke lokasi dan formasi lain di seluruh negara oleh Bukit Aman,” Mohd Khalil berkata dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor di sini, hari ini.

Tambahnya lagi, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius terhadap integriti setiap pegawai dan anggotanya.

Susulan dari penularan klip video tersebut, polis Johor telah menghantar laporan kepada Bukit Aman bagi tindakan susulan serta tata tertib terhadap tujuh pegawai dan anggota yang dikaitkan dengan video klip mereka sedang berhibur.

Kesemua mereka ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan telah melaporkan diri pada 9 Oktober lalu.

Video klip pegawai dan anggota polis tersebut sedang asyik berhibur di Pusat Hiburan di Muar mula tular pada 8 Oktober lalu.

(Visited 121 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66