Ghairah tuding jari, netizen tular ‘pengundi hantu’ palsu

Ghairah tuding jari, netizen tular ‘pengundi hantu’ palsu

Walaupun tarikh Pilihan Raya Umum ke-14 masih kekal menjadi teka-teki, dakwaan kewujudan pengundi hantu mula ditularkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.

Apa yang dikesalkan, mereka yang tidak bersalah sekali lagi dijadikan mangsa dalam keghairahan segelintir netizen berkongsi maklumat dan menjadi pemerhati politik handal.

Baru-baru ini, seorang lelaki berketurunan India yang menjadi anak angkat kepada sebuah keluarga berbangsa Cina, sekali lagi tular di media sosial apabila didakwa sebagai pengundi hantu.

Gambar kad pengenalan Pang Chee Pin, 34, sekali lagi ditularkan di media sosial dengan dakwaan bahawa beliau merupakan salah seorang warga Bangladesh yang diberikan kad pengenalan dengan nama Cina.

Penulis turut menerima sebuah paparan skrin dari rakan penulis mengenai mesej tular dengan gambar kad pengenalan Chee Pin, yang membesar di Segamat.

Paparan skrin tersebut ditemani dengan mesej berikut “Malaysia election is not here yet, already there are many Bangladeshis holding Malaysian identity cards but with Chinese names! This is the biggest joke of all! Please send and share with your friends, and let the whole world know about it, Malaysia boleh!” (Pilihan raya Malaysia belumpun diumumkan tetapi sudah ramai warga Bangladesh yang memiliki kad pengenalan dengan nama orang Cina. Ini benda yang paling mengarut! Tolong panjangkan dan kongsi perkara ini dengan rakan-rakan anda dan biar satu dunia tahu mengenainya, Malaysia boleh!)

Namun dengan sekadar membuat carian mudah di Google, netizen boleh menemui artikel berita mengenai Chee Pin, yang telahpun disahkan sebagai seorang warganegara.

Malah, Chee Pin, yang diambil menjadi anak angkat keluarga Pang dari sebuah keluarga India di Simpang Renggam, fasih berbahasa Mandarin, Hakka dan Kantonis.

Dalam era digital ini, netizen seharusnya bijak menggunakan teknologi untuk mengenalpasti berita yang sahih ataupun yang palsu.

Dakwaan wujudnya pengundi hantu dari Bangladesh kerap dimainkan dalam tempoh kempen PRU13 walaupun pihak pembangkang menafikan dakwaan tersebut dibuat mereka.

Memetik slogan portal sebenarnya.my, “tak pasti jangan kongsi”. Jelas kenapa slogan ini wajar dihayati oleh banyak pihak di luar sana.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66