Naib Presiden Indonesia kecil hati dengan kenyataan Tun M mengenai Bugis

Naib Presiden Indonesia kecil hati dengan kenyataan Tun M mengenai Bugis

Kenyataan Tun Dr Mahathir yang melabel bangsa Bugis sebagai lanun ternyata mengguris hati masyarakat tersebut termasuklah Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla.

Berita Harian Online melaporkan bahawa Jusuf menyatakan ketidak puasan hatinya itu dalam satu perbincangan tidak rasmi dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada sidang kemuncak Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8), semalam.

Menurut Ahmad Zahid, Jusuf berkata ungkapan itu seolah-olah menghina masyarakat Bugis di Malaysia dan juga Indoensia.

“Penjajah yang melabelkan orang Bugis kononnya sebagai lanun. Mereka sebenarnya pahlawan yang menentang penjajah.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tetapi sudah pasti ramai yang terkesan dengan penghinaan ini kerana ia seolah-olah merendahkan keturunan daripada rumpun Melayu, yang pada sejarahnya penyumbang kepada kepahlawanan di Nusantara,” beliau dipetik sebagai berkata.

Ahmad Zahid turut menambah beberapa laporan polis telahpun dibuat mengenai isu berkenaan.

“Polis sedang meneliti laporan itu sebelum tindakan susulan dilakukan,” katanya.

Mahathir mengeluarkan kenyataan tersebut dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Padang Timur, Selangor pada Sabtu lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan tersebut menyebut bahawa Perdana Mengeri Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

(Visited 64 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com