SULTAN JOHOR PANDU SENDIRI JET PERIBADI DARI BANGKOK KE SENAI

SULTAN JOHOR PANDU SENDIRI JET PERIBADI DARI BANGKOK KE SENAI

DYMM Sultan Johor berkenan memandu sendiri jet peribadi baginda ke Hangar DiRaja di Senai dalam perjalanan pulang dari Bangkok, Thailand semalam.

Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, yang juga seorang juruterbang bertauliah dan mempunyai kemahiran tinggi dalam memandu keretapi, kapal, motosikal dan kereta berkuasa tinggi sempat berjenaka dengan juruterbang dan penumpang selepas mengambilalih kawalan Boeing 737-800 itu dengan bertitah, “Saya berharap saya tidak menakutkan anda semua”.

Tuanku Sultan, yang cukup disayangi seluruh rakyat Johor ini sentiasa menekankan kepentingan dalam menimba ilmu, pengetahuan dan kemahiran agar sentiasa bersedia bagi menghadapi sebarang cabaran.

 

 

 

(Visited 140 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66