Persatuan Bugis Johor gesa Tun M pohon maaf

Persatuan Bugis Johor gesa Tun M pohon maaf

Berang dengan kenyataan yang dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad, Persatuan Bugis Johor menggesa bekas perdana menteri tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghina keturunan Bugis.

Yang Dipertua Persatuan Bugis Johor Datuk Awang Abdullah berkata permohonan maaf tersebut harus dibuat supaya ketegangan yang timbul akibat dari kenyataan Mahathir tersebut dapat dikendurkan.

Menurut Awang, kenyataan Mahathir tersebut bukan sekadar mengguris hati masyarakat keturunan Bugis dalam negara, bahkan ia juga menyinggung perasaan orang Bugis di Indonesia.

“Ini kerana enam juta orang yang berkerurunan Bugis di rantau ini,” Awang dipetik sebagai berkata dalam Utusan Online.

Mahathir mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap menjatuhkan maruah masyarakat Bugis dalam Himpunan Anti-Kleptokrasi di Padang Timur, Selangor pada Sabtu lalu.

Pengerusi Pakatan Harapan tersebut menyebut bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke Bugis.

Najib mula mendapat jolokan ‘pahlawan Bugis’ sekitar tahun 2015 selepas beliau menegaskan beliau tidak akan tunduk dengan tekanan Mahathir supaya berundur dari jawatan perdana menteri.

(Visited 137 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.