#OpsNoda – 7 ‘nyah’ antara yang dicekup @PolisJohor @PDRMsia

#OpsNoda – 7 ‘nyah’ antara yang dicekup polis

Polis semalam menahan 77 orang pelayan pelanggan dimana tujuh daripadanya merupakan pondan warga asing.

Mereka semua ditahan dalam Ops Noda yang dibuat di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru tengah malam semalam, lapor Bernama.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, SAC Azman Ayob, pondan yang ditahan itu merupakan warga Laos yang bekerja di pusat hiburan terbabit.

“Yang turut ditahan terdiri daripada enam warga Vietnam dan 64 warga Thailand,” katanya dalam satu kenyataan.

Seorang lekaki berusia 40 tahun yang mengaku bekerja sebagai pengurus premis itu turut ditahan.

Seramai 75 pengunjung lelaki dan lima wanita diperiksa sepanjang operasi tersebut dan dua daripada mereka ditahan atas kesalahan berkaitan dadah dan mencuri.

(Visited 43 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66