Stesen kereta api laju di Forest City belum pasti lagi – CEO MyHSR

CEO myHSR Corporation, Dato’ Mohd Nur Ismal Mohamed Kamal berkata bahawa stesen kereta api laju di Forest City yang menghubungkan Singapura dengan Kuala Lumpur masih belum dapat dipastikan lagi.

“Kami telah menerima cadangan (untuk stesen yang akan dibina di Forest City) tetapi kini dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Pengangkutan Awam dan Darat (SPAD).

NST sebelum ini melaporkan pemaju hartanah Hong Kong, Country Garden Holdings Co. meminta kerajaan Malaysia supaya membina sebuah stesen HSR di Forest City.

Tujuh stesen bagi projek ini di Malaysia – Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Melaka, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri – sebelum tiba ke destinasi terakhir di Jurong East, Singapura.

(Visited 68 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.