@KhaledNordin Jangan Biar Pembangkang Tuai Hasil Semaian BN di Johor – @Zahid_Hamidi

Jangan Biar Pembangkang Tuai Hasil Semaian BN di Johor, gesa Zahid

Ekso Johor Berkemajuan 2017 yang telah melabuhkan tirainya setelah sembilan hari dilangsungkan mendapat sambutan meriah dikalangan masyarakat negeri tersebut.

Malahan, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyempurnakan majlis penutup ekspo tersebut turut menyatakan bahawa Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berjaya memaparkan hasil kepimpinan beliau selama ini.

Jelas Ahmad Zahid, dengan kos yang rendah, Mohamed Khaled berjaya membawa pembangunan berimpak tinggi kedalam Johor.

Ini satu pujian yang wajar dibanggakan, apatah lagi Mohamed Khaled sendiri baru menjawat jawatan menteri besar dalam penggal yang pertama.

Namun begitu, Ahmad Zahid segera mengingatkan supaya kepimpinan Johor tidak alpa dengan gerakan pembangkang.

Menurutnya, segala kejayaan dan pencapaian yang diraih hari ini tidak akan lagi diingati sekiranya Johor, yang selama ini dikenali sebagai kubu kuat UMNO dan BN, jatuh ketangan pembangkang.

“Saya akan berasa sedih jika ada daki-daki politik yang memberi pandangan negatif dengan apa yang dihamparkan.

“Seperti negeri terdahulu sebelum Johor, sebuah negeri yang maju, sudah terdampar, negeri tidak dapat lagi dipijak oleh kita, negeri yang mempunyai pelaburan langsung asing, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), infra dan komunikasi terbaik, terlepas ke tangan orang lain ,” kata Zahid dalam ucapannya semalam.

Ahmad Zahid dipercayai merujuk kepada Selangor, negeri terkaya dalam Malaysia.

Peringatan timbalan perdana menteri itu tidak seharusnya dipandang enteng oleh Mohamed Khaled dan pimpinan kerajaan negeri yang lain.

Apatah lagi disaat Pakatan Harapan telahpun secara terbuka mensasarkan negeri Johor sebagai platform utama mereka untuk membantu mereka menawan Putrajaya.

Sementara itu, Mohamed Khaled yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas berkata dalam majlis sama yang sekitar 350,000 orang menghadiri ekspo selama sembilan hari tersebut.

Menurutnya lagi, kemajuan idaman Johor bukanlah setakat diukur dengan terbinanya bangunan megah.

Sebaliknya, Mohamed Khaled menyatakan rakyat juga harus memiliki pemikiran maju, menandakan hasrat kerajaan negeri untuk terus menumpukan kepada pembangunan modal insan buat rakyatnya.

“Kita bukan sekadar mahu menjadi sebuah negeri maju, kita juga mahu rakyat yang mempunyai pemikiran maju.

“Kita tidak hanya mahu pertumbuhan ekonomi yang luar biasa, kita mahukan masyarakat yang terbaik.

“Masyarakat yang sentiasa berusaha memajukan dirinya secara berterusan, masyarkat yang maju pendidikan, pada sikap dan pada akal budinya. Masyarakat yang benar-benar mengambarkan negara yang maju,” katanya lagi.

(Visited 33 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com