Premium JOHOR Wifi tawar 2 pakej mampu milik – @HasniMohammad1

Kerajaan negeri Johor hari ini melancarkan program ‘Premium Johor Wi-Fi’ khusus untuk kegunaan rakyat negeri terbabit dengan menyediakan dua pakej mampu milik.

Exco Jawatankuasa Kerja Raya, Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Negeri Johor, Datuk Ir Hasni Mohamad melancarkan program tersebut hari ini dengan tujuan untuk mempermudah pembentukan masyarakat berilmu (K-Soiety) di negeri selatan itu.

“Usaha merapatkan jurang digital ini merangkumi segala aspek ICT iaitu kemudahan komunikasi seperti telekomunikasi, internet, informasi, perisian dan perkakasan internet.

“Dengan hanya RM5, pengguna dilengkapi dengan 2 megabit sesaat (mbps) kelajuan internet selama tiga hari manakala pakej bernilai RM10 membolehkan pengguna mendapat capaian pada kelajuan internet 2 mbps dan ianya sah selama tujuh hari penggunaan tanpa ada had kuota,” katanya dalam ucapan perasmian di Majlis Pelancaran Perkhidmatan Premium Johor Wifi bersempena Ekspo Johor Berkemajuan 2017.

Jelas Hasni lagi, usaha ini adalah bagi memastikan kemahiran dalam bidang ICT boleh membantu matlamat penduduk tempatan untuk meneroka bidang-bidang kemajuan di kawasan berkenaan, menjana ekonomi serta kemajuan bidang ilmu dan pendidikan khususnya dalam melahirkan generasi baru.

“Dengan ini pengguna boleh memastikan tiada kesesakan akses kepada perkhidmatan bagi setiap capaian, pengguna juga boleh mendapat akses yang lebih cepat tanpa perkongsian serta berpeluang menggunakan bandwith yang lebih besar tanpa had masa bagi setiap sesi,” katanya lagi.

Program ini adalah selari dengan kehendak Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang menggariskan empat langkah utama bagi menjayakan konsep Johor Berkemajuan di bawah bidang menggiat inovasi dan memanfaatkan sains dan teknologi.

Katanya, Khaled berimpian untuk melihat negeri Johor memiliki kemudahan asas telekomunikasi yang canggih dan juga terkini.

“Hari ini, Projek Johor Wifi telah menyediakan kemudahan hotspot bagi menjamin connectivity di antara banda dan desa untuk mengelakkan jurang digital di antara masyarakat bandar dan luar bandar.”

 

(Visited 115 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com