Penduduk Bantah, Tapak Pelupusan Sisa Pepejal 300m Dari Kediaman

J’kuasa penduduk enggan projek RAPID diberi keutamaan berbanding masyarakat setempat

Jawatankuasa Bertindak Bantahan Projek Incinerator mengfailkan satu memorandum untuk dihantar kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi membantah binaan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal yang turut mempunyai Loji Rawatan Termal (Insinerator) di Pengerang.

Jawatankuasa tersebut, yang dibentuk dari wakil penduduk tiga buah kampung, sebuah persatuan nelayan dan juga sebuah kelab rekreasi belia, membantah keputusan membina Tapak Pelupusan Sisa Pepejal tersebut kerana tapak yang dicadangkan berdekatan dengan petempatan masyarakat.

Malah, jawatankuasa tersebut turut memahami keperluan Tapak Pelupusan Sisa Pepejal tersebut yang bakal dibina untuk menampung keperluan Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petroki­mia (RAPID).

Namun, kedudukan tapak cadangan yang terletak dalam linkungan 300 meter dari tempat kediaman masyarakat setempat amat membimbangkan mereka.

“Tidak dinafikan tapak pelupusan sememangnya diperlukan bagi memenuhi keperluan projek RAPID, namun kami merasakan ianya tidak wajar didirikan dikawasan dikelilingi penduduk.

“Kami penduduk kampung ingin menyatakan rasa dukacita dan kebimbangan yang amat terhadap cadangan projek pembangunan insinerator di kawasan seluas 45 ekar yang sangat berhampiran dari kawasan penduduk,” memorandum tersebut berbunyi.

Selain dari masalah kesihatan, jawatankuasa tersebut turut menekankan isu keselamatan dan kesejahteraan penduduk yang tinggal berhampiran.

“Ini disebabkan dalam pemprosesan kilang tersebut akan ada pelepasan bahan-bahan toksik seperti Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam berat, bahan radioaktif, sulfur, cynide, nitrogen dioksida dan berbagai lagi toksik bahaya.”

Faktor geografi tapak cadangan tersebut yang berdekat dengan laut juga menjadi isu yang dibangkitkan jawatankuasa tersebut.

Menurutnya, ramai penduduk setempat yang mencari rezeki dengan menjadi nelayan dan mereka bimbang laut akan tercemar dengan operasi Tapak Pelupusan Sisa Pepejal itu nanti.

(Visited 376 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.