Kemajuan Johor bukan datang secara tiba-tiba – @KhaledNordin

Kemajuan Johor bukan datang secara tiba-tiba – @KhaledNordin

Menteri Besar Johor Tan Sri Mohamed Khaled Nordin hari ini menegaskan bahawa semua agenda pembangunan dan kemajuan dibawa kedalam Johor adalah berdasarkan pelan dan perancangan yang rapi.

“Tidak ada perkara di Johor ini yang dilakukan secara mengejut, secara tergempar atau secara ad hoc.

“Kesemuanya adalah hasil daripada pelan dan perancangan yang teliti, yang telus dan terbuka,” ujar Mohamed Khaled sempena perasmian Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar hari ini.

Tambah Mohamed Khaled lagi, pelan pembangunan untuk negeri Johor ini hasil dari seruan dan saranan Putrajaya sendiri.

Menurutnya, kerajaan negeri Johor menyusun dan memastikan segala agenda pembangunan di Johor dilakukan dengan nada yang seiring dan sehaluan dengan kerajaan Persekutuan.

“Agar kesatuan dan persefahaman kukuh kerajaan negeri dan Pusat ini akan membuahkan impak berganda kepada pembangunan masyarakat dan Johor.

“Tetapi pada masa yang sama, kami juga berusaha untuk memastikan yang masyarakat Johor harus mempunyai sumbangan dan pemberian yang bernilai kepada negeri ini. Tanpa hanya mengharapkan Kerajaan Persekutuan.”

Beliau juga berkata ekspo yang akan berlangsung selama sembilan hari ini akan memberi ruang kepada masyarakat untuk menikai hasil kejayaan Johor.

Mohamed Khaled turut berkata bahawa hubungan baik yang dinikmati kerajaan negeri dan Putrajaya berjaya memajukan negeri Johor seperti yang dapat dilihat hari ini.


 

(Visited 54 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com