Johor maju kerana hubungan baik dengan Putrajaya – @NajibRazak

Johor maju kerana hubungan baik dengan Putrajaya – @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata kemajuan yang dikecapi oleh negeri Johor hari ini berkait rapat dengan hubungan baik dua hala dengan Putrajaya.

Menurut Najib, hubungan baik ini hanya akan membuahkan hasil lebih baik untuk Johor, dimana lebih banyak pembangunan akan dibawa.

Malah, Najib turut menyifatkan bahawa Johor merupakan kuasa ekonomi baharu dalam negara, suatu perkara yang beliau telahpun katakan sebelum ini.

“Ini satu pengiktirafan jelas yang kadar pertumbuhan malah nadi pertumbuhan negara adalah datang dari Johor.

“Beberapa faktor mengapa Johor akan lalui fasa pembangunan menakjubkan antaranya kerana hubungan sungguh erat Johor dengan Pusat, khusus peranan Menteri Besar (Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin) untuk menjamin hubungan itu sentiasa kukuh dan akrab.

“Selain itu sumbangan menteri dari Johor dan ahli politik lain yang turut bersama dan sudah tentu di bawah naungan Sultan Johor yang banyak membantu dorongan pembangunan,” Najib berkata ketika merasmikan Ekspo Johor Berkemajuan 2017 di Kota Iskandar di sini hari ini.

Najib turut memuji penganjuran Ekspo Johor Berkemajuan, yang kali terakhir ekspo sebegini dianjurkan adalah 20 tahun lalu.

Presiden UMNO tersebut berkata penganjuran ekspo ini dapat memberikan maklumat dan data yang tepat dan terperinci kepada rakyat.

“Seperti yang dinyatakan Menteri Besar, ada yang mendakwa kita cuba jual kebatilan, harapan dan janji.

“Sebenarnya kerajaan kita tidak perlu jual harapan, tidak perlu jual janji sebab kita sudah laksanakan. Kita bukan berjanji sebaliknya kita melaksanakan,” katanya lagi.

Kumpulan pembangkang sebelum ini berkali-kali menyatakan bahawa Johor akan menjadi negeri utama sasaran mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Pakatan Harapan juga berikrar untuk menaruhkan pimpinan kanan mereka untuk bertanding di Johor dalam usaha menawan negeri tersebut dari tangan Barisan Nasional (BN).

(Visited 40 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66