M’sia terima US$6 juta untuk selenggara navigasi perairan Selat Melaka – @AKaprawi


Kerajaan Malaysia hari ini menerima US$6 juta bagi menyelenggara navigasi perairan Selat Melaka dari 2018 hingga 2020.

Dana bantuan ini diterima setelah Malaysia kembali menjadi Pengerusi Tabung Bantuan Alat Pelayaran.

Dana yang bermula sejak 2008 ini diwujudkan bagi memastikan penyelenggaran bantuan navigasi buat selat tersebut dapat dipertingkatkan.



“Selat Melaka merupakan antara yang tersibuk di dunia yang setiap tahun sebanyak 130 ribu kapal menggunakan laluan Selat Melaka dan Singapura.

“Tabung ini diwujudkan bagi platform untuk menerima sumbangan kewangan dari negara pengguna bagi tujuan penyelenggaraan bantuan navigasi di Selat Melaka dan Singapura dalam memastikan selat tersebut selamat untuk tujuan navigasi,” Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abd Aziz Kaprawi berkata ketika merasmikan Forum Kerjasama ke-10 di bawah Mekanisma Kerjasama Antara Negara Littoral dan Pengguna Selat Mengenai Keselamatan Navigasi dan Perlindungan Alam Sekitar di Selat Melaka dan Singapura.

Sementara itu, Ab Aziz berkata dana tersebut ditadbir secara bergilir-gilir diantara negara-negara pesisir.

“Dana yang bernilai US$6 juta yang diserahkan kepada Malaysia akan digunakan bagi penyelenggaraan, pembaikian dan pembaharuan 51 bantuan kritikal kepada navigasi di Selat Melaka dan SIngapura.

“Antara perancangan Malaysia adalah untuk meneroka teknologi terbaru untuk meningkatkan tahap keselamatan untuk navigasi,” Ab Aziz berkata dalam kemaskini terbaru Facebooknya sebentar tadi.




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~












Please Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my






(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.