Melayu sudah boleh tinggalkan UMNO, tegas @MuhyiddinYassin

Melayu sudah boleh tinggalkan UMNO, tegas Muhyiddin

Pengerusi Pakatan Harapan Johor Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa orang Melayu untuk meninggalkan UMNO yang mengkhianati kaum tersebut.

Menurutnya, UMNO tidak lagi memperjuangkan nasib Melayu seperti perjuangan asalnya.

“Kalau UMNO dah mengkhianati orang Melayu, lebih baik orang Melayu keluar dari parti tersebut,” katanya dalam majlis perasmian Pakatan Harapan Johor di Taman Dahlia di Pulai semalam.

Beliau turut berkata bahawa jika PH mampu menumbangkan BN di Johor, laluan blok pembangkang tersebut ke Putraja semakin luas.

Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi), turut berkata bahawa orang Melayu tidak perlu takut meninggalkan parti UMNO kerana pengasasnya Datuk Onn Jaafar dan Perdana Menteri Malaysia yang pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga bertindak keluar dari UMNO.

Sementara itu, Pengerusi PH Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan keyakinan bahawa Johor bakal berubah menjadi kubu kuat PH.

“Johor dulu kubu kuat Umno tapi sekarang kita minta supaya jadi kubu kuat PH,” kata ahli politik berusia 92 tahun tersebut.

Sekitar 1,000 orang datang menghadiri majlis tersebut yang turut dihadiri pimpinan kanan PH di peringkat pusat dan negeri.

Blok pembangkang tersebut mengesahkan bahawa Johor merupakan negeri utama sasaran mereka dalam PRU14.

(Visited 67 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66