Sukarelawan berganding bahu bantu baiki rumah usang – @AKaprawi

Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Ab Aziz Kaprawi telah merasmikan Majlis Penutup Program Titik Sentuh Gotong Royong Parlimen Sri Gading yang telah berjaya membantu membaiki sebanyak 14 buah rumah-rumah uzur di sekitar Parlimen Sri Gading, hari ini.

Ini merupakan sebahagian daripada komitmen YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak yang telah memperuntukkan sebanyak RM10 Juta untuk seluruh negara.

Bagi Negeri Johor sahaja, sebanyak RM1.7 Juta telah diperuntukkan untuk 17 Parlimen terpilih dan hari ini merupakan Majlis Penutup bagi negeri Johor yang mana setiap parlimen menerima RM100,000 yang mana setiap rumah menerima bantuan sehingga RM10,000.

Alhamdulillah, Parlimen Sri Gading telah menggunakan nilai peruntukan yang sama untuk membantu membaiki 14 buah rumah secara keseluruhan menggunakan khidmat sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai pihak antaranya pelajar UTHM, pelajar IPTHO, pelajar KKTM, anggota tentera darat dari Kem Majidi, anggota JPJ, Bomba, PDRM dan persatuan-persatuan belia dari seluruh Daerah Batu Pahat.

Semoga inisiatif ini dapat membantu memberikan sedikit keselesaan bagi mereka yang amat memerlukan.

Inilah nilai dan khidmat sebuah kerajaan yang prihatin terhadap rakyatnya dan slogan ‘Rakyat Didahulukan’ adalah janji yang ditepati.

Gambar-gambar sekitar Majlis Penutup Program Titik Sentuh Gotong Royong Parlimen Sri Gading boleh dicapai di link berikut: https://www.flickr.com/photos/aziz_kaprawi/albums/72157660967220928

(Visited 42 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66