Apa yang Tun M lakukan selama 22 tahun?

Apa yang Tun M lakukan selama 22 tahun?

Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mempertikaikan apa yang dilakukan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selama 22 tahun pemerintahannya.

Menurutnya, tindakan Mahathir menyalahkan Tun Abdul Razak mengenai isu royalti minyak melibatkan Sarawak dan Sabah adalah satu tindakan yang tidak relevan.

“Baru-baru ini, Pakatan Harapan telah melancarkan manifesto mereka bagi negeri Sarawak. Antara janji yang terkandung dalam manifesto tersebut adalah untuk menaikkan royalti minyak Sarawak dan Sabah dari 5% ketika ini kepada 20% jika Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya.

“Pada masa yang sama, Dr. Mahathir telah menyalahkan mantan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak kerana persetujuan berat sebelah yang wujud dari Akta Pembangunan Petroleum yang dibuat pada tahun 1974.

“Selama 22 tahun beliau memegang jawatan Perdana Menteri, tidak langsung beliau mempunyai hati untuk mengubah perkara ini. Dek kerana dendam kesumat dan geram, beliau sanggup menyalahkan orang yang telah meninggal dunia tanpa ada rasa bersalah pada dirinya,” katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam masa yang sama, Budiman yang juga Adun Sungai Panjang turut memandang sinis semangat Mahathir dalam memerangi rasuah yang mana dalam masa yang sama beliau kini berada ‘satu kapal’ dengan individu yang terpalit dengan skandal rasuah.

Menurutnya, sikap tidak matang ahli politik ini jelas menunjukkan sikap ‘double standard’ yang diamalkan Mahathir demi memenuhi tuntutan politik.

“Antara slogan yang yang dimainkan adalah untuk mengubah dan membebaskan Malaysia dari gejala rasuah yang menurut beliau dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negara.

“Tetapi melihatkan realiti sebenar, apa yang dibuat Dr. Mahathir ini tersangatlah mengelirukan. Ini kerana rakan baik baru beliau dalam Pakatan Harapan iaitu YAB Lim Guan Eng telah dituduh dan akan dibicarakan bagi kesalahan rasuah.

“Dalam masa Dr Mahathir membuat pelbagai tuduhan liar terhadap Perdana Menteri, sikap double standards beliau terhadap kes melibatkan Lim Guan Eng adalah sangat mendukacitakan. Bagaimana beliau boleh bercakap soal menghapuskan rasuah sedangkan orang yang duduk bersebelahan beliau adalah orang yang telah dituduh kerana kesalahan tersebut,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Susulan daripada itu, beliau menggesa rakyat di seluruh negara untuk menilai sejauh mana keikhlasan Dr Mahathir dalam tindakan beliau.

Katanya, apa yang dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu (PPBM) membuktikan beliau sendiri kini terkeliru dan cuba untuk mengelirukan.

“Dan sudah tentu, alasan yang akan diberikan beliau hanyalah sekadar ‘terlepas pandang’.”

(Visited 129 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66