Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini bertitah supaya anggota Grup Gerak Khas (GGK) dibekalkan dengan peralatan serta kelengkapan yang sesuai dan terkini.

Menurut Sultan Ibrahim yang juga Kolonel Komandan GGK, selain dari organisasi yang cekap dan tersusun, anggota GGK mestilah dilengkapi peralatan sesuai untuk mereka menjalankan tugas sama ada di darat, laut mahupun udara.

“Cuba bandingkan peralatan komando dengan peralatan yang dibeli oleh pasukan elit JMF (Askar Timbalan Setia Negeri Johor),” Baginda bertitah dalam Majlis Perbarisan Hari Ulangtahun GGK ke-52 dan Penganugerahan Beret Hijau Kehormat kepada Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim hari ini.



Baginda juga mengingatkan pihak bertangungjawab untuk memastikan kualiti peralatan dibekalkan kepada GGK mengikuti spesifikasi yang ditetapkan dan terbukti keupayaannya untuk digunakan di medan peperangan.

Sultan Ibrahim berkata sebagai contoh, pembekal jaket kalis peluru untuk anggota GGK mesti bersedia ditembak dahulu bagi memastikan jaket tersebut benar-benar berkesan.

“Kalau tembus, bermakna tidak baguslah peralatan itu. Jadi, penjualnya yang kena tembak dahulu,” titahnya.

Baginda berkata GGK sebagai pasukan elit tentera dalam negara amat diperlukan hari ini terutama bagi menghadapi ancaman pengganas dalam negara.







Please Subscribe to JohorTimes Youtube – https://goo.gl/4jWv8X

Facebook – https://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – https://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – https://www.instagram.com/JohorTimes
Web – https://www.johortimes.my

(Visited 322 times, 1 visits today)

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.