Jumpa mayat di hentian bas

Jumpa mayat di hentian bas

Mayat seorang lelaki tidak dikenali ditemui di perhentian bas Jalan Persiaran Sungai Danga, Nusa Bestari awal hari ini.

Mayat lelaki tersebut ditemui orang awam pada jam 7.50 pagi, dengan kesan kecederaan pada bahagian belakang kepalanya.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Noor Hashim Mohamad berkata tiada sebarang dokumen ditemui pada mangsa yang dipercayai berbangsa India tersebut.

Malah, phak polis turut tidak menolak kemungkinan mangsa telah dibunuh di tempat lain sebelum diletakkan di perhentian bas berkenaan.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemukan pada mangsa, namun kita tidak menolak kemungkinan mangsa berbangsa India berusia lingkungan 20-an.

“Kita masih menyiasat punca kematian mangsa termasuk dipercayai dibunuh ditempat lain sebelum mayatnya dibuang di perhentian bas berkenaan,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri hari ini.

Noor Hashim turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden berkenaan untuk tampil kedepan dan membuat laporan dibalai polis yang berhampiran.

(Visited 96 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66