DM6 selamatkan 10 anak kapal Indonesia – @MaritimMalaysia

DM6 selamatkan 10 anak kapal Indonesia

10 anak kapal warga Indonesian berjaya diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim Johor Bahru (DM 6) dari tenggelam bersama kapal dan barang muatannya awal pagi tadi.

Dalam kejadian tersebut, Kapal KLM Star One yang membawa perabot dan barangan runcit dari Batu Pahat ke Batam, Indonesia, telah mengalami kebocoran pada bahagian kapal ketika berada di sekitar perairan Benut.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, Bilik Operasi Maritim DM 6 Johor Bahru menerima laporan mengenai insiden berkenaan lebih kurang jam 1.46 pagi.

Menurut beliau, pihak maritim telah mengerakkan sebuah bot dan sebuah kapal maritim untuk melaksanakan operasi menyelamat sejurus mendapat laporan tersebut.

“KLM Star One mengalami kerosakan pada sisi kapal sebelah kanan yang mengakibatkan kapal tersebut mengalami kebocoran yang besar dan air masuk dengan cepat.” Kata Syed Nor Adli.

“Kesemua kru telah di selamatkan oleh MPV Everest yang berada berhampiran dengan tempat kejadian sebelum dipindahkan ke kapal maritim dan kesemua mangsa berada dalam keadaan selamat dan semua kru dibawa Ke Jeti Sungai Pulai untuk di bawa ke Pejabat Maritim 6 Johor Bahru sementara menunggu Konsulat Indonesia dan agen tiba untuk di benarkan pulang.” tambahnya lagi.

Kesemua anak kapal tersebut berusia diantara 24 hingga 49 tahun.

Beliau turut mengingatkan komuniti maritim agar segera menghubungi pihaknya sekiranya terdapat sebarang kemalangan di lautan.

“Dalam pada itu, orang ramai disaran menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi Daerah Maritim Johor Bahru di talian 07-2199496 / 010-3211066 untuk sebarang aduan kesalahan atau jenayah di laut,” tambah beliau.

(Visited 44 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com