TANGKAP JUGA YANG MENGEDAR DADAH KEPADA PENJENAYAH SEKOLAH TAHFIZ – @TPJ1

 

TANGKAP JUGA YANG MENGEDAR DADAH KEPADA PENJENAYAH SEKOLAH TAHFIZ

KEMPAS – Ahli Dewan Undangan Negeri Kempas Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Jumat hari ini menggesa pihak polis dengan kerjasama pihak AADK juga masyarakat untuk bersama menghapuskan sindiket pengedaran dadah dengan melakukan siasatan terperinci mencari dalang pengedar dadah di kawasan Keramat dan melakukan tangkapan segera.

Ini berikutan kenyataan akbar oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) yang menyatakan 6 dari 7 remaja yang disyaki melakukan kesalahan yang menyebabkan kebakaran di pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diuji positif dadah jenis ganja.

“Pihak polis perlu menumpukan perhatian untuk mencari dimana remaja ini mendapat bekalan dadah. Perkara ini perlu dibenteras dari pada sumber pengedaran dadah itu sendiri. Kalau mereka sudah diuji dan disahkan positif, tentunya mereka tahu siapa yang menjual atau memberi dadah itu kepadanya.”

“Dengan membuat tangkapan segera keatas pengedar yang membekal ianya akan dapat membenteras masalah dadah di Keramat yang dianggap “lubok”.

Pemutihan secara total akan hanya berjaya seandainya pengedar-pengedar yang mengedar di kawasan terbabit ditangkap. Dengan sahnya positif dadah dalam enam orang suspect ini, jika tiada penangkapan berlaku keatas yg mengedarnya kepada mereka di masa yang terdekat ini akan menimbulkan kemusykilan tahap tertinggi terhadap pihak penguatkuasa baik polis mahupun AADK.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga para huffaz dan murabbi yang terkorban dalam tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Dato’ Keramat.”

“Saya berdoa semoga anak-anak huffaz dan murabbi yang terkorban dalam tragedi ini dicucuri rahmat dan maghfirah oleh Allah SWT dan mendapat husnul khatimah iaitu pengakhiran yang baik dan ditempatkan di dalam syurga yang penuh nikmat Allah SWT.”

Beliau berkata demikian setelah mempengerusikan mesyuarat ahli lembaga pelawat Kilinik Cure & Care 1 Malaysia di Tampoi petang tadi.

(Visited 84 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66