Siapa ‘broker’ cuba bawa Adun pembangkang sertai UMNO?

Siapa ‘broker’ cuba bawa Adun pembangkang sertai UMNO?

Naib Ketua Pemuda Amanah Shazni Munir Mohd Ithnin hari ini mempersoalkan siapakah pihak bertanggugjawab yang cuba untuk membawa wakil rakyat Pakatan Harapan di Selangor untuk menyertai UMNO.

Merujuk kepada penyertaan semula Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kedalam UMNO, Shazni percaya bahawa kepulangan Muhammad kedalam UMNO merupakan satu cubaan menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diperintah PH.

“Kita percaya bahawa sidang media semalam adalah episod tertangguh sebuah cubaan kudeta, seperti yang diusahakan di Perak sebelum ini.

“Cuma persoalan yang lebih utama, apakah punca ianya tertangguh dan siapa watak-watak di belakang yang sedang bergerak untuk cuba membawa sejumlah kelompok wakil rakyat untuk bersama-sama kleptokrat Najib? Cubaan ini jelas di luar kewarasan dan akhlak seorang wakil rakyat untuk terus menjunjung amanah kepimpinan yang menolak rasuah dan salahguna kuasa,” kata Shazni dalam satu kenyataan.

Kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak tumbang pada tahun 2009 susulan tiga Adun bertindak keluar parti masing-masing dan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN).

Beliau turut memperingatkan mereka yang cuba merencanakan kejatuhan kerajaan PH di Selangor bahawa rampasan kuasa ini tidak akan mendapat restu dari rakyat.

“Mandat 2013 bukan untuk dipersenda dengan menyokong MO1 yang jelas khianat dan jahat. Usah direnggut harapan rakyat dengan tindakan bodoh yang boleh bawa bencana kepada masa depan negara,” katanya lagi.

Semalam, portal The Malaysian Insight melaporkan Muhammad sepatutnya membawa seramai lapan orang Adun PH bersamanya untuk menyertai Umno, sekaligus menjatuhkan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali. ‘

Portal tersebut melaporkan bahawa campurtangan mereka berkepentingan di Selangor yang menggagalkan rancangan tersebut.

Selain itu, lapan orang Adun tersebut merupakan wakil rakyat dari PKR, seperti dilaporkan The Malaysian Insight.

Beberapa wakil rakyat PKR bagaimanapun hari ini telah menafikan laporan tersebut. PAS Selangor turut menafikan mereka akan membentuk kerajaan negeri bersama UMNO sekiranya lapan Adun PKR bertindak mengikuti Muhammad semalam.

Perdana Menteri Najib Razak semalam mengadakan sidang media dimana diwar-warkan beliau akan membuat satu pengumuman penting.

Sidang media yang dihadiri oleh majoriti Ahli Majlis Tertinggi UMNO tersebut bagaimanapun hanya mengumumkan kepulangan semula Muhammad, yang juga bekas naib presiden parti, kepangkuan parti kanan BN tersebut.

(Visited 48 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66