Parah cuba bantu mangsa yang maut dilanggar beberapa kali

Parah cuba bantu mangsa yang maut dilanggar beberapa kali

Seorang lelaki maut apabila dilanggar beberapa kenderaan manakala seorang lagi lelaki yang cuba membantu cedera parah apabila dia turut dirempuh sebuah kenderaan.

Kejadian tersebut berlaku awal pagi hari ini di kilomeer 75.7 di Jalan Ayer Hitam-Machap, dimana kemalangan asal melibatkan sebuah motorsikal dan tiga buah kereta, menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat Abdul Wahib Musa.

Menurutnya, siasatan awal menunjukkan mangsa yang maut tersebut, yang menunggang motorsikal, sudahpun terbaring di tengah jalan apabila dia dilanggar sebuah Perodua Myvi.

“Penunggang motorsikal tersebut sama ada terbabas ataupun terlibat dalam kemalangan berasingan.

“Sebuah Volkswagen, yang berada di belakang Myvi tersebut, tidak sempat untuk menekan brek dan telah melanggar dan mengheret mangsa sejauh 100 meter,” katanya, seperti dilaporkan The Star Online.

Menurut Abdul Wahib, mangsa kedua pula yang dikenali sebagai Mohammad Hafifi Hafiz Abd Razak pula memberhentikan kereta pacuan empat rodanya bagi membantu.

Namun, beliau kemudian turut dirempuh sebuah Proton Satria beberapa minit kemudian, bersama-sama penunggang motorsikal yang cuba dibantunya.

Kedua-dua mangsa dilaporkan terpelanting agak jauh akibat dari impak perlanggaran dengan Proton Satria tersebut.

Ketiadaan lampu jalan menyebabkan jalan tersebut gelap.

Kemalangan tersebut juga terjadi setelah hujan lebat.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail.

Kes ini sedang disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

(Visited 70 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66