Lelaki positif heroin ditahan selepas rempuh sekatan jalan

Lelaki positif heroin ditahan selepas rempuh sekatan jalan

Seorang lelaki positif heroin ditahan polis 10 min selepas dia merempuh sekatan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Segamat-Muar.

Dalam kejadian jam 11.20 malam kelmarin, suspek, 29, berjaya ditahan selepas kereta yang dipandunya terbabas.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar suspek yang menghala Jementah selepas dia merempuh sekatan.

Polis menahan seorang lelaki yang juga penagih dadah 10 minit selepas suspek merempuh sekatan jalan raya di Kilometer 4, Jalan Segamat-Muar, jam 11.20 malam kelmarin.

Suspek yang berusia 29 tahun ditahan apabila Proton Waja dipandunya terbabas.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Raub Selamat berkata, selepas merempuh sekatan, dua anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) mengejar suspek yang menghala Jementah.

“Anggota URB mendapati suspek masuk ke jalan mati di Gemerih. Ketika diarahkan keluar, suspek tiba-tiba mengundur dengan laju dan anggota URB yang hampir dirempuh sempat melompat daripada motosikal.

“Suspek memecut ke bandar Segamat. Pergerakannya dikesan anggota Unit Kereta Peronda (MPV) sebelum dikejar,” Raub dipetik sebagai berkata dalam Harian Metro.

Tambah Raub, suspek gagal mengawal kereta sebelum terbabas di Jalan Tak Ak.

“Suspek cedera ringan di muka, kedua belah tangan serta kaki akibat kemalangan itu dan dibawa ke Hospital Segamat untuk rawatan.

“Ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis heroin. Kereta dipandunya juga tiada perlindungan insurans selain cukai jalan tamat tempoh,” katanya lagi.

Suspek yang mempunyai beberapa rekod jenayah lampau tersebut kini sedang direman empat hari bagi membantu siasatan.

(Visited 91 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com