@BombaJBPM Kenal pasti sekolah berisiko tinggi terbakar di Johor, segera – DYMM Sultan Johor

@BombaJBPM Kenal pasti sekolah berisiko tinggi terbakar di Johor, segera – DYMM Sultan Johor

DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kebakaran sekolah agama di Kuala Lumpur, yang meragut nyawa 23 pelajar dan guru.

“Saya amat sedih dengan tragedi yang berlaku di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kampung Datuk Keramat. Tragedi itu amat menyayat hati.



“Semoga Allah beri kekuatan dan ketabahan hati kepada keluarga mangsa,” titah Baginda kepada Royal Press Office hari ini (14 Sept).

Tuanku Sultan mahu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mengambil tindakan segera bagi mengenal pasti sekolah-sekolah yang berisiko tinggi berlaku kebakaran di seluruh Johor.

Tegas Baginda, ini termasuk madrasah, pusat-pusat tuisyen, sekolah berasrama penuh, sekolah rendah dan menengah.

Tuanku Sultan mahu pihak berkuasa tempatan mengambil tindakan segera terhadap mereka yang beroperasi secara haram.

“Jika mereka didapati melanggar peraturan dan undang-undang, pihak berkuasa jangan teragak-agak untuk tutup premis mereka,” titah Sultan Ibrahim.

Semua pusat tahfiz yang dikendalikan secara persendirian mesti mempunyai lesen / permit sah dan jika gagal dipatuhi, tindakan tegas akan diambil.

Titah Baginda ini bagi memastikan kejadian yang sama tidak berlaku di Johor.

(Visited 187 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.