Kastam buka pejabat GST baharu di Kota Tinggi

Kastam buka pejabat GST baharu di Kota Tinggi

Penubuhan Pejabat Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) Kota Tinggi menunjukkan inisiatif kerajaan khususnya Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, menurut Pengarah Kastam Johor Jaafar Mat Nawi.

Pejabat tersebut akan berfungsi untuk menguruskan hal berkaitan GST kepada pelanggan di sekitar daerah Kota Tinggi.

“Orang ramai boleh membuat pertanyaan, pendaftaran serta mendapatkan khidmat nasihat berkaitan GST dengan segera tanpa pergi ke Johor Baru.

“Situasi ini dapat memberi manfaat dan kemudahan kepada masyarakat setempat di samping dapat menjimatkan masa dan kos,” kata Jaafar dalam ucapannya dalam majlis perasmian pejabat baharu tersebut hari ini.

Walaupun bersaiz kecil, namun Jaafar menzahirkan keyakinannya bahawa pihak Kastam disini mampu memenuhi keperluan dan keselesaan orang ramai.

Beliau juga menambah bahawa penubuhan pejabat di GST di Kota Tinggi akan membantu Kastam Johor untuk mencapai sasaran kutipan hasil melalui cukai tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah Kastam Malaysia Datuk Seri Subramaniam Tholasy, Ahli Parlimen Kota Tinggi Noor Ehsanudin Mohd Harun Narrashid dan pegawai kerajaan dan Kastam yang lain.

(Visited 187 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66