BERSATU mahu Tun M tanding PRU14, kata sumber

In this video

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir dijangka tampil semula di pentas pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Memetik Malaysiakini, sumber dalaman memaklumkan tokoh politik berusia 92 tahun itu disokongan kuat dari suara akar umbi untuk bertanding sebagai calon pilihan raya.

Bagaimanapun, sumber itu tidak pasti di mana lokasi Mahathir akan bertanding.

Mahathir, yang menjadi ahli Parlimen selama 8 penggal, pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen untuk Kota Star Selatan selama satu penggal dan 7 penggal sebagai ahli Parlimen Kubang Pasu di Kedah.

Kali terakhir Mahathir bertanding ialah pada 1999.

Beberapa pimpinan Majlis tertinggi BERSATU enggan mengulas lanjut berhubung isu ini.

Namun, Ahli Majlis Tertinggi BERSATU, Dr Rais Husin berkata senarai calon pilihan raya masih belum ditetapkan.

Sebelum ini, timbul spekulasi yang mendakwa BERSATU akan mencalonkan Mahathir untuk bertanding di Langkawi atau di kawasan lamanya, Kubang Pasu.

Kedua-dua kawasan itu merupakan kubu kuat Umno di Kedah.



Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 49 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com