Sami Hindu antara ahli baharu PAN di Johor

Sami Hindu antara ahli baharu PAN di Johor

Parti Amanah Negara (PAN) hari ini menerima 57 ahli baharu dari kaum India, termasuk seorang sami Hindu.

Wakil kumpulan tersebut menyerahkan borang keahlian mereka di pejabat PAN Kawasan Gelang Patah.

Menurut Timbalan Pengerusi PAN Johor Dzulkefly Ahmad, kumpulan tersebut sepakat untuk bersama-sama dalam memperjuangkan nasib seluruh rakyat di Malaysia ini melalui PAN.



“Pihak kami merasakan kemasukkan mereka sebagai suatu perkara yang baik sekaligus ia menjadi suatu perjuangan seterusnya dalam menjayakan usaha bagi memperjuangkan nasib rakyat keseluruhannya.

“Selain itu, pihak kami telah berjaya menjelaskan kepada orang ramai bahawa PAN ini mempunyai pelbagai variasi dan ia bukanlah sebuah parti yang tertutup serta tertumpu pada sesuatu kaum sahaja malah kami terbuka dalam menerima ahli dari pelbagai latar belakang dan kaum yang wujud di Malaysia ini,” katanya lagi.

Dzulkefly turut menyatakan tindakan kumpulan tersebut menunjukkan PAN semakin diterima ramai walaupun dari komuniti bukan Islam.

“Selain itu juga, pihak kami turut melihat inilah gelombang perubahan rakyat yang memuncak untuk menentang kezaliman serta menumbangkan kerakusan pemimpin yang hanya menggunakan isu perkauman sebagai keuntungan peribadi bagi mereka sahaja bukan dari sisi menyelamatkan rakyat.

“Pihak kami akan terus lebih berusaha memperjuangkan isu-isu berkenaan dengan masyarakat serta memartabatkannya kerana itulah asas utama penubuhan parti kami pada peringkat awal dahulu.”

Gelang Patah kini diwakili oleh pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, selaku ahli parlimen kawasan tersebut.

Data pilihan raya 2013 menunjukkan kaum India membentuk 12% dari keseluruhan jumlah pengundi di Gelang Patah.

Dua dari kiri Suthas Subramaniam, sami yang telah mengisytiharkan masuk PAN.
(Visited 46 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com