Bot Nelayan Asing Ditahan Ceroboh Kawasan Perairan Malaysia

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Daerah Maritim 6 Johor Bahru (DM 6) telah menahan sebuah bot nelayan asing warga Indonesia kerana disyaki menceroboh kawasan Perairan Perikanan Malaysia pada pagi semalam.

Menurut Pengarah Maritim Daerah 6 Johor Bahru, Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman, kapal ronda yang melaksanakan OPS Satria Selatan telah mengesan bot tersebut yang dipercayai daripada Indonesia di perairan negara. Bot KM Punggur Bahari 88 tersebut didaftarkan di Cirebon, Indonesia.

‘Tiada hasil tangkapan yang ditemui, peralatan menangkap ikan juga masih berada di atas bot, disebabkan bot baru keluar dari jeti di Indonesia dan baru mula beroperasi pagi itu,” menurutnya lagi.

Hasil pemeriksaan mendapati bot dikendalikan oleh seorang tekong dan 12 orang awak-awak warganegara Indonesia berumur lingkungan 17 hingga 49 tahun.

Bot nelayan bersama tekong dan awak-awak tersebut telah dibawa ke Jeti Maritim Malaysia Sungai Pulai untuk disiasat di bawah Akta Perikanan.

Sumber – APMM Johor

(Visited 64 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com