PREV VIDEO NEXT VIDEO
Notice: Undefined index: date_query in /home/johortimes/public_html/wp-content/plugins/cactus-video/video-data-functions.php on line 377
MORE VIDEOS

BERSATU mahu hadkan kuasa PM untuk melantik

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bercadang meletakkan had terhadap kuasa perdana menteri untuk melantik ketua-ketua dalam berbagai institusi kerajaan.

“BERSATU akan mencadangkan kepada pucuk pimpinan HARAPAN beberapa perubahan dan reformasi besar yang akan kita laksanakan jika berjaya ke Putrajaya.

“Antaranya kuasa perdana menteri dalam pelantikan ketua-ketua institusi utama negara seperti peguam negara, ketua polis negara, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia akan dihadkan.

“Perlembagaan Persekutuan akan dipinda untuk memastikan perdana menteri tidak mempunyai kuasa untuk melantik atau memecat ketua-ketua institusi ini dengan sewenang-wenangnya,” kata presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata demikian kepada sekitar 2,500 hadirin dalam majlis sambutan ulang tahun pertama BERSATU di Muar, Johor malam semalam.

(Visited 39 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66