Kagumilah negara sendiri, pesan @AyubBinRahmat

Kagumilah negara sendiri, pesan Ayub

“Kagumkanlah Malaysia”.

Demikian pesanan ringkas namun cukup bermakna dari exco kesihatan, alam sekitar, pendidikan dan penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat.

Pesanan itu dibuat melalui satu kemaskini di akaun Facebook miliknya petang semalam.

Ini rentetan daripada sikap rakyat dan juga sesetengah agensi media yang seringkali berpihak kepada pihak luar tatkala sesuatu kejadian berlaku.

Terbaru, ramai netizen yang dilihat menghentam pihak pengurusan sebuah hospital kerajaan di Johor Baru ekoran kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian seorang warga Singapura.

Ini bermula kerana membaca satu laporan yang mendakwa ambulans tiba lewat dan wang pendahuluan diminta terlebih dahulu baharulah rawatan akan diberikan.

Namun, segala rekod yang dikeluarkan selepas kejadian itu terjadi ternyata membuktikan agensi kesihatan kita telah menjalankan tugas dengan rapi dan profesional.

Dan laporan tersebut turut ditarik balik selepas itu, membuktikan ada kesalahan dalam laporan asal.

Kemalangan tersebut merupakan satu perkara yang tragis dan kita wajar mengecam tindakan pemandu yang menyebabkan kematian seorang pemuda Singapura tersebut.

Namun, untuk turut memperlekehkan tahap profesional agensi kesihatan negara kita secara membuta tuli, tanpa usul periksa menunjukkan sikap sebenar rakyat kita.

Dalam kemaskininya yang sama, Ayub turut memetik ulasan yang diterbitkan akhbar Sin Chew Daily yang berbunyi “Pandangan negatif dan prejudis terhadap negara kita sendiri amatlah biasa dikalangan kita”.

Prejudis terhadap negara sendiri sudah menjadi kebiasaan?

Mengapa perkara ini berlaku?

Bencikan kerajaan sehingga tidak boleh berfikiran secara objektif? Adakah sebegitu dangkal sekali pemikiran rakyat kita?

Tepuk dada, tanyalah selera.

(Visited 29 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66