PKR Johor serah senarai calon

PKR Johor serah senarai calon

PKR Johor bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan telahpun menyerahkan senarai nama calon dari peringkat negeri untuk dipertimbangkan oleh Majlis Pimpinan Pusat PKR.

PKR negeri nampak kekal dengan pendirian bertanding di kesemua 12 kerusi Parlimen yang ditandingi mereka, walaupun terdapat beberapa kerusi yang turut diminta oleh rakan komponen lain seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Pribumi) dan DAP.

Bagi peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) pula, PKR negeri difahamkan telah menyenaraikan 20 kerusi Dun yang difikirkan sesuai untuk ditandingi parti tersebut di Johor.

Pada PRU13, PKR bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dun di Johor.

PKR bagaimanapun hanya memenangi kerusi Parlimen Batu Pahat (Mohd Idris Jusi) dan Dun Bukit Batu (Jimmy Puah).

Bagaimanapun difahamkan nama Mohd Idris tidak disenaraikan semula untuk bertanding dalam PRU14 nanti apabila calon yang dicadangkan pimpinan negeri untuk kerusi Batu Pahat ialah setiausaha PKR negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar.

Sementara itu, Pengerusi PKR Johor Hassan Abdul Karim pula pula dicadangkan sebagai calon parlimen Pasir Gudang.

Kerusi Pasir Gudang merupakan antara kerusi paling rendah majoriti undi yang berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya lalu dan mempunyai peluang cerah untuk dirampas pembangkang.

Antara nama-nama lain yang difahamkan turut dicadangkan oleh pimpinan negeri termasuklah Naib Ketua Wanita PKR Tan Poh Lai (Sekijang), Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Seri Dr Edmund Santhara (Segamat), Ketua Penerangan PKR Syed Ibrahim Syed Noh (Ledang), Ketua Cabang Tebrau Steven Choong (Tebrau) dan exco AMK Pusat Naim Jusri (Muar dan Dun Sungai Balang).

Dalam pada itu, selain Pasir Gudang dan Tebrau, PKR turut menamakan calon bagi kerusi parlimen Johor Bahru, dengan Ketua Penerangan PKR Johor Akmal Nasrullah dicalonkan.

Ketiga-tiga kerusi ini merupakan kerusi di selatan Johor yang turut dituntut oleh DAP, seperti dilaporkan media baru-baru ini.

Selain itu, Pribumi sebelum ini turut menamakan dua kerusi Parlimen tradisi PKR; Sri Gading dan Pengerang, sebagai antara kerusi Parlimen yang mahu ditandingi parti tersebut dalam PRU14.

(Visited 265 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66