PKR Johor idamkan kerusi tradisi PAS

PKR Johor idamkan kerusi tradisi PAS

Walaupun PKR di peringkat pusat masih lagi berbincang dengan PAS bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), pimpinan PKR Johor bagaimanapun mempunyai pendirian berlainan.

Ini jelas ditunjukkan melalui permintaan pimpinan PKR negeri untuk bertanding di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) yang ditandingi oleh PAS dalam pilihan raya lepas.

Lapan kerusi baharu yang dituntut PKR negeri ini termasuklah Buloh Kasap, Gambir, Sungai Balang, Rengit, Puteri Wangsa, Permas, Nusajaya dan Pulai Sebatang.

Baki 12 kerusi Dun yang mahu PKR tandingi pula ialah kerusi-kerusi sama yang mereka tandingi pada pilihan raya lepas.

Antara nama-nama yang dikatakan dicalonkan PKR negeri termasuklah Adun tunggal PKR di Johor Jimmy Puah yang akan mempertahankan kerusi Bukit Batu, exco AMK Pusat Naim Jusri (Sungai Balang), Ketua Cabang Tebrau Steven Choong (Puteri Wangsa), Ketua Wanita PKR Johor Rahamizon Abdul Ghani (Nusajaya) dan Naib Pengerusi II PKR Johor Rony Murugan (Layang-Layang).

Ini bagaimanapun bergantung kepada persetujuan pimpinan PKR pusat yang akan berunding dengan parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) lain dalam Majlis Presiden blok pembangkang tersebut.

Sebelum ini, difahamkan bahawa Parti Amanah Negara (PAN) yang akan diberikan keutamaan keatas kerusi-kerusi yang sebelum ini ditandingi PAS.

PAS Johor sendiri sebelum ini dilihat menutup pintu rundingan dengan PH apabila mengisytiharkan akan bertanding di 17 kerusi Parlimen dan 40 kerusi Dun, jumlah terbesar yang akan ditandingi oleh parti Islam tersebut dalam sejarahnya.

Johor meanwarkan 26 kerusi Parlimen dan 56 kerusi Dun.

(Visited 79 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66