Sultan Johor bergelar ‘His Majesty’ mulai hari ini

Sultan Johor bergelar ‘His Majesty’ mulai hari ini

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini telah berkenan untuk menukar gelarannya dari ‘His Royal Highness’ kepada ‘His Majesty’.

Perkara ini diumumkan Jemaah Majlis Diraja Johor, dimana penukaran tersebut berdasarkan keistimewaan dan hak kuasa baginda mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, berkata penukaran gelaran ini mengikut Bahagian Kedua Fasal 7(2)(d)(f) dan (g) Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut berkenan supaya Permaisuri Johor digelar ‘Her Majesty’ selepas ini.

“Gelaran dalam bahasa Malaysia ‘Duli Yang Maha Mulia’ bagi Sultan dan Permaisuri Johor, dikekalkan,” Abdul Rahim berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Penukaran ini akan berkuatkuasa 5 September.

Gelaran rasmi buat Sultan Ibrahim selepas ini ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim, Sultan Johor atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Johor atau Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor.

Permaisuri Johor pula akan menggunakan gelaran rasmi Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah, Permaisuri Johor atau Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah, Permaisuri Johor atau Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Johor.




Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



(Visited 88 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com