KKM tidak jadi saman portal berita Singapura?

 

Portal berita Singapura telah menyiarkan permohonan maaf berikutan kes fitnah warganegara Singapura yang dikatakan mati berpunca dari kelewatan ambulan dan tuntutan bayaran pendahuluan sebelum memulakan rawatan oleh Hospital Sultanah Aminah.

 

Tindakan Menteri Kesihatan yang menerima permohonan maaf dari portal tersebut pastinya meninggalkan kesan terhadap kakitangan HSA dan juga hospital-hospital kerajaan yang lain. Manakan tidak, pihak penfitnah terlepas begitu sahaja selepas menyiarkan berita yang tidak benar.

Moral kakitangan hospital yang menjalankan tugas dengan dedikasi telah tercalar, apakah yang akan dilakukan oleh Kementerian Kesihatan selepas kejadian ini?

Rakyat Malaysia pastinya tidak puas hati apabila pihak-pihak yang mencemuh HSA sebelum ini, berdiam diri apabila terbukti tuduhan portal dan rakan Justinian Tan adalah tidak berasas dan berniat jahat. Sepatutnya mereka-mereka yang mengambil bahagian di dalam mengecam dan menghina kerajaan Johor / Malaysia, HSA dan kakitangannya turut memohon maaf di laman sosial masing-masing.

Yang lebih memalukan, selain rakyat Singapura, terdapat warga Malaysia yang lebih sudu dari kuah di dalam menghentam kerajaan di dalam kes ini. Sudahlah tidak membela negara sendiri, sanggup pula mencurahkan minyak ke atas api yang sedang marak. Dimanakah mereka ini sekarang? Sudahkah memohon maaf atas keterlanjuran mereka?

Akhirnya peluang untuk rakyat Malaysia menyaksikan tindakan saman ke atas portal berita yang telah menyiarkan berita fitnah terkubur begitu sahaja, apabila Menteri Kesihatan dengan hati yang terbuka telah menerima permohonan maaf oleh portal tersebut.

Apakah yang bermain di dalam kotak fikiran rakyat yang patriotik? Malaysia sebuah negara yang baik dan bertimbangrasa atau Malaysia lembik tidak mengambil tindakan tegas bila berpeluang?

 

Menteri Kesihatan telah menerima permohonan maaf dengan hati yang terbuka dari portal berita yang telah menfitnah Hospital dan kakitangannya.
(Visited 64 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com