Kerja amal anak Johor dapat perhatian PM Kanada

Kerja amal anak Johor dapat perhatian PM Kanada

Berpegang dengan hadis supaya tidak membiarkan jiran sekeliling berlapar, Sabariah Hussein cekal menyediakan makanan buat golongan memerlukan di sekitar Montreal, Kanada sejak 30 tahun lalu.

Bermula dengan komuniti Islam, kini Sabariah turut menyediakan khidmatnya untuk masyarakat dari pelbagai latar belakang.

Sikap Murni yang dipertontonkan Sabariah turut mendapat perhatian Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau yang mahu bertemu dengannya.

Namun akibat kekangan waktu, pertemuan tersebut tidak menjadi kenyataan.

“Saya sibuk menyediakan juadah di bulan Ramadan dan pertemuan itu diaturkan disaat-saat akhir. Saya tak dapat bertemu dengan Perdana Menteri Trudeau,” Sabariah dipetik sebagai berkata dalam satu temubual ekslusif bersama dengan New Straits Times.

“Aktiviti rutin saya termasuklah memasak makanan untuk dihidangkan kepada komuniti Gereja River Edge, Gereja Anglican dan menyediakan makanan untuk gelandangan dengan kerjasama dari organisasi lain,” katanya lagi.

Selain menyediakan makanan, anak kelahiran Johor Baru ini turut membuka pintu buat mereka yang memerlukan bumbung untuk berteduh.

Beliau telah menubuhkan pusat perlindungan Our Second Home sejak 2001.

Inisiatif ini wujud setelah banyak permintaan dari pelajar asing di Kanada yang memerlukan tempat berteduh akibat kekangan wang sementara mereka mendapatkan tempat tinggal tetap.

“Sebelum pusat perlindungan tersebut ditubuhkan, saya beri mereka tinggal di rumah saya.

“Saya akhirnya buat keputusan untuk menyewa apartment empat bilik untuk jadi tempat perlindungan mereka. Saya benarkan mereka tinggal disana sehingga setahun,” katanya yang berkata kos kehidupan yang tinggi di Kanada menyebabkan para pelajar terutamanya dari kelurga berpendapatan rendah sukar mendapatkan tempat tinggal sesuai dengan mereka di sana.

Sabariah berkata pusat perlindungannya itu turut membuka pintunya buat pelarian dan juga golongan wanita yang memerlukan tempat tinggal.

Beliau menjana pendapatan sendiri untuk aktiviti kebajikan yang dilaksanakannya. Ini termasuklah menjual popia, karipap, samosa dan pelbagai jenis kuih-muih di Concordia University, McGill University and Masjid Al-Ummah pada setiap Jumaat.

Beliau berkata kesemua ini dimasak bersama dengan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri dari pelajar.

Komuniti Muslim disana turut memainkan peranan membantu Sabariah dalam usaha murninya tersebut.

Terdapat juga individu yang menderma sekitar C$100 to C$200 setiap bulan, kata Sabariah lagi.

Sikapnya yang gemar membantu masyarakat ini datang daripada melihat ibu-bapanya yang banyak membantu masyarakat semasa beliau membesar di Singapura.

Walaupun telah lama tinggal di Kanada, beliau masih lagi ingat dengan kampung halaman dan turut melebarkan kerja amalnya di negara ini.

“Saya sedang mengumpul dana untuk membina rumah anak yatim di Klang, Kuala Lumpur dan Kota Tinggi, Johor Baru. Rumah anak yatim ini dibina untuk anak-anak Rohingya.”

Mereka yang mahu mengetahui lebih lanjut dengan kerja amal yang dijalankan Sabariah boleh melayari https://www.facebook.com/SisterSabriaFoundation/ untuk maklumat lanjut.



Subscribe to JohorTimes – https://goo.gl/5d4KA2

Facebook – http://www.facebook.com/johortimes.my
Twitter – http://www.twitter.com/JohorTimes
Instagram – http://www.instagram.com/JohorTimes
Web – http://www.johortimes.my

(Visited 147 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.