#AduanRakyat Duit yang dibayar kepada Aabar Palsu dah dapat balik?

#AduanRakyat Duit yang dibayar kepada Aabar Palsu dah dapat balik?

Saya ni rakyat kebanyakan, tak berapa mahir secara teknikal tentang duit pelaburan atau perniagaan yang tinggi makam dia.

Saya pernah terbaca beberapa kali, yang 1MDB dah bayar Aabar, IPIC pulak bagitau yang Aabar tu takde kena mengena dengan mereka.

Makanya,

1. 1MDB dah tersalah bayar.

2. IPIC minta balik bayaran tersebut.

3. 1MDB sedang mengusahakan bayaran balik.

Yang saya nak tanya,

1. Duit yang tersalah bayar tu dah dapat balik ke belum?

2. Kalau belum, ada sapa2 jadi along gi kejar org yang dah ambik duit tu?

3. Kalau dah dapat balik duit tu, ALHAMDULILLAH, boleh tau sapa pegang duit tu sekarang?

Saya berkongsi soalan-soalan di atas dengan rakyat Malaysia yang lain. Jangan kecam saya, saya hanyalah di antara rakyat yang sayangkan Malaysia.

Kita ni selalu lupa pasal sesuatu isu bila dah dapat jawapan. Tapi bab 1MDB tak boleh lupa dan asyik berlegar dalam kotak fikiran sebab tak dapat jawapan ikut soalan.

Lain ditanya lain dijawap. Cuba jawap pelan-pelan soalan di atas. Uraikan satu persatu.

Jangan guna konsep “If you can’t convince, you confuse them”.

Terima kasih JohorTimes beri ruang untuk mengadu.

 

SEKIAN.

Pengadu yang fedup pasal 1MDB

 

(Visited 61 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.