Apa sifir ‘tsunami Melayu’ Pakatan?

Cakap-cakap Pakatan Harapan (PH) bakal mencipta gelombang kebangkitan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), terutamanya dikalangan pengundi Melayu tidak lain tidak bukan sekadar propaganda politik mereka.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang baru-baru ini dengan yakinnya berkata PH mampu menawan Putrajaya dengan pertambahan 10% undi dari orang Melayu kepada mereka, sesuatu yang mereka gelarkan ‘tsunami Melayu’.

Ungkapan Kit Siang itu disambut seolah-olah satu ramalan yang memang akan terjadi dan PH terus menyusun siapakah yang bakal mengisi jawatan-jawatan penting dalam negara nanti.

Namun tidakkah Lim dan DAP sedar tsunami Melayu ini hanya akan membawa kepada kejatuhan mereka sendiri?

Tentangan Kit Siang terhadap Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 memperlihatkan wajahnya yang sebenar.

Malah layanan dan kritikannya kepada PAS dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedikit sebanyak mengguris hati orang Melayu dan Islam.

Walaupun PAS sudah tidak lagi bersama barisan pembangkang, Kit Siang masih lagi mempersoalkan tindak-tanduk parti Islam tersebut sedangkan mereka sendiri telah memutuskan segala hubungan dengan PAS dan juga Hadi.

Malah, Kit Siang sepatutnya mengambil iktibar dari kekalahan Basuki ‘Ahok’ Tjahaja dalam pilihan raya Gabenor Jakarta.

Orang Islam tidak mahu agama mereka diperkotak-katikkan. Noktah.

Dan dengan kebanyakkan kerusi-kerusi DAP dimenangi dengan hanya majoriti 3% hingga 5%, DAP sekali lagi memerlukan sokongan orang Melayu, atau lebih tepat lagi pengundi PAS yang bersama mereka ketika era Pakatan Rakyat.

Sedikit menghairankan apabila perkara ini tidak disentuh Kit Siang yang semakin hari semakin kerap melaungkan zikir tsunami Melayu.

Dari terus memikirkan tsunami Melayu, ada baiknya Kit Siang menjenguk laman sendiri di Gelang Patah, ataupun melihat mengapa ramai ahli DAP keluar parti (di Melaka) baru-baru ini.

Bimbang nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sumber :  Dr Bahar

(Visited 42 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.