Portal berita Singapura wajar disaman – @AyubRahmat

Kerajaan negeri menggesa Kementerian Kesihatan untuk menimbangkan tindakan undang-undang terhadap portal berita Singapura yang mendakwa warganegaranya tidak dirawat dengan baik di sebuah hospital kerajaan di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan Johor Datuk Ayub Rahmat berkata tuduhan dalam laporan itu tidak berasas dan mencatatkan gambaran negatif terhadap hospital kerajaan dan kakitangannya.

“Pihak hospital telah menerima panggilan pada jam 2.57 pagi dan bertolak ke tempat kejadian pada jam 2.59 pagi dan tiba di tempat kejadian pada pukul 3.10 pagi”, katanya dan memuji kepantasan kakitangan hospital di dalam mengurus panggilan kecemasan tersebut.

Mangsa langgar lari yang berbangsa Cina berumur 25 tahun itu di bawa ke Jabatan Kecemasan oleh ambulan pada 3.25 pagi. Di Unit Kecemasan pesakit telah dirawat di zon merah dan ujian radiology dan CT scan telah dilakukan segera tanpa apa apa permohonan bayaran terlebih dahulu.

Pesakit kemudiannya telah dirujuk kepada Jabatan Pembedahan Neuro dan pembedahan kecemasan telah dirancang untuk membuang beku di dalam kepala pesakit dalam masa segera.

Isu pembayaran hanya timbul apabila waris tiba di Hospital dan pihak Hospital memohon pembayaran deposit sebanyak RM 2575.00 sebagai tuntutan Akta Fi, walaubagaimana pun waris memohon AOR discharge (keluar hospital dengan tanggungan sendiri) untuk di bawa pulang ke Singapura untuk rawatan lanjut di sana.

Pada dasarnya di Jabatan Kecemasan yang diamalkan di semua hospital kerajaan, tidak memohon pembayaran lebih awal sebelum apa apa rawatan dijalankan untuk kes kes kritikal seperti kes di atas termasuk warga asing.

Walaubagaimana pun, portal-portal berita Singapura telah menyebarkan berita yang mengatakan pihak hospital telah melewatkan penghantaran ambulan dan telah meminta wang pendahuluan sebelum menjalankan rawatan.

“Saya menafikan bahawa kes ini adalah disebabkan kelewatan ambulans atau masalah pembayaran. Pihak hospital akan sedaya upaya melakukan yang terbaik untuk semua pesakit yang mendapatkan rawatan,” katanya lagi.

Ayub juga menyeru agar semua pihak menghormati profesion sektor kesihatan terutama di Johor ini tanpa memberi gambaran negatif tanpa mendapat gambaran sebenar.

Mangsa langgar lari tersebut kemudiannya meninggal dunia akibat kecederaannya dan meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 30 Ogos lalu apabila ibu bapanya membenarkan doktor mencabut sistem sokongan hayatnya.

(Visited 108 times, 1 visits today)
Ad banner

You might be interested in

Ad banner

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com