Osman Sapian ke Kempas, Suhaizan ke Puteri Wangsa

Osman Sapian ke Kempas, Suhaizan ke Puteri Wangsa

Dengan Pilihan Raya ke-14 semakin menghampiri, parti-parti politik semakin rancak menyusun langkah bagi memastikan kejayaan masing-masing.

Terbaru, diwar-warkan bekas ahli dewan undangan negeri (Adun) Kempas Datuk Osman Sapian bakal bertanding semula di kawasan tersebut diatas tiket pembangkang.

Beliau yang kini merupakan setiausaha Parti Pribumi Bersatu (Pribumi) Johor dilihat masih mempunyai pengaruh di Kempas, kawasan yang diwakilinya selama tiga penggal sebelum PRU13, dimana namanya digugurkan dari senarai calon.

Malah, lantikannya sebagai setiausaha Pakatan Harapan (PH) Johor juga menunjukkan keyakinan pakatan pembangkang kepada bekas Adun UMNO itu dan menguatkan lagi ura-ura Osman akan kembali aktif dalam kancah politik.

Walaupun telah meninggalkan UMNO, Osman dilihat masih mempunyai pengaruh yang kuat di Kempas, yang terletak di bawah kawasan Parlimen Pulai.

Pada PRU13, pengganti Osman, Datuk Tengku Putra Haron Aminurrashid Tengku Hamid Jumat memenangi kerusi Kempas dengan menewaskan calon PAS dengan majoriti 3,947 undi.

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Amanah, Suhaizan Kayat pula dikatakan bakal menjadi calon PH di Dun Puteri Wangsa.

Beliau yang juga baru-baru ini dilantik sebagai ketua biro penerangan dan mobilisasi PH Johor dilihat bergerak aktif di kawasan Dun Puteri Wangsa.

Kerusi Puteri Wangsa disandang oleh Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussin yang memenangi kerusi tersebut dalam PRU13 dengan majoriti 3,469 undi.

(Visited 375 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66