Mampukah calon PAN menang di Johor?

Selain daripada ahli politik, Parti Amanah Negara (PAN) juga bakal mempertaruhkan tokoh-tokoh akademik yang mempunyai hubungan dengan negeri Johor sebagai calon pilihan raya parti tersebut.

Antara nama-nama yang disebut termasuklah pensyarah kanan sebuah universiti awan tempatan, Dr Maszlee Malik, lapor Berita Daily.

Maszlee, 43, dikahirkan di Johor Baru dan turut dikenali sebagai penganalisis politik.

Berita Daily bagaimanapun melaporkan bahawa Maszlee tidak tahu-menahu tentang namanya disebut-sebut sebagai calon PAN.

Sementara itu, Ahli Parlimen dua penggal Shah Alam juga berkemungkinan menjadi calon PAN di Sarawak.

Walaupun tidak dilahirkan di Johor, abangnya Tan Sri Shahrir Samad merupakan Ahli Parlimen Johor Bahru dan juga pemimpin senior UMNO di negeri tersebut.

Bagaimanapun nasib Khalid masih menjadi persoalan ekoran dikenakan denda sebanyak RM2,900 oleh mahkamah rendah syariah kerana mengajar Islam tanpa tauliah di suatu acara di sebuah surau di Kapar, Selangor, 6 tahun lalu.

Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan menyebabkan seseorang hilang kelayakan menjadi ahli Parlimen selama 5 tahun jika beliau disabitkan suatu kesalahan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada 1 tahun atau denda RM2,000.

Langkah membawa calon-calon seperti Maszlee dan Khalid ini selari dengan rancangan Pakatan Harapan sendiri untuk membawa masuk pimpinan kanan mereka ke Johor bagi merampas negeri tersebut dari cengkaman UMNO-BN.

(Visited 57 times, 1 visits today)
Ad banner

About The Author

You might be interested in

Ad banner

LEAVE YOUR COMMENT

Your email address will not be published. Required fields are marked *


Notice: Undefined variable: adsense_slot_ads_top_page in /home/johortimes/public_html/wp-content/themes/videopro/footer.php on line 66